Compare Listings

Proses Pindahmilik Nama Bagi Kes ‘Pending Perfection’

Proses Pindahmilik Nama Bagi Kes ‘Pending Perfection’

Proses jual beli dilakukan sekiranya geran Individu / Strata sudah dikeluarkan tetapi pemilik masih  belum membuat pindahmilik;

● Sekiranya Geran Individu / Strata sudah pun dikeluarkan, tetapi pemilik hartanah tersebut belum membuat permohonan ‘Perfection’ (pindahmilik), urusan harus mengikut peraturan syaratnya.
● Terdapat 5 situasi isu yang berbeza merujuk kepada ‘Title’ geran dan dan pembiayaan perumahan;
.
.
1) PINJAMAN PERUMAHAN BANK;
— Pegangan Hartanah: Leasehold (Pajakan)
— Pemaju Hartanah: Membenarkan pindah hakmilik terus daripada pemaju kepada pembeli.
— Bayaran Guaman: Ditanggung oleh pembeli sahaja.
— Pindahan Hakmilik: Geran TIDAK PERLU didaftar atas nama penjual terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke atas nama pembeli.
===
2. PINJAMAN PERUMAHAN BANK;
— Pegangan Hartanah: Leasehold (Pajakan).
— Pemaju Hartanah: Tidak membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
— Bayaran Guaman: Ditanggung oleh Penjual dan Pembeli sahaja
— Pindahan Hakmilik: Geran PERLU didaftar atas nama penjual terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke atas nama Pembeli.
===
3. PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN;
— Pegangan Hartanah: Leasehold (Pajakan) / Freehold (Hakmilik Kekal).
— Pemaju Hartanah: Membenarkan / Tidak membenarkan pindah hakmilik terus daripada pemaju kepada pembeli.
— Pindahan Hakmilik: Geran PERLU didaftar atas nama penjual terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke atas nama pembeli.
===
4) PINJAMAN PERUMAHAN BANK;
— Pegangan Hartanah: Freehold (Hakmilik Kekal).
— Pemaju Hartanah: Membenarkan pindah Hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli.
— Bayaran Guaman: Ditanggung oleh pembeli sahaja.
— Pindahan Hakmilik: Geran TIDAK PERLU didaftar atas nama penjual terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke atas nama pembeli.
===
5) PINJAMAN PERUMAHAN BANK;
— Pegangan Hartanah: Freehold (Hakmilik Kekal).
— Pemaju Hartanah: Tidak membenarkan pindah hakmilik terus daripada Pemaju kepada pembeli.
— Bayaran Guaman: Ditanggung oleh penjual dan pembeli.
— Pindahan Hakmilik: Geran PERLU didaftar atas nama penjual terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke atas nama pembeli tetapi boleh dijalankan secara serentak (Double Transfer).
===
Kesimpulan;
● Pemilik hartanah dinasihatkan agar membuat penukaran pindah hakmilik (Perfection) dengan segera sebaik sahaja menerima surat daripada pemaju yang memaklumkan geran Individu / Strata telah pun dikeluarkan.
● Ini bagi mengelakkan sebarang masalah timbul sekiranya berhasrat untuk menjual hartanah tersebut pada masa akan datang.
● Pihak pemaju atau pemilik hartanah boleh dikenakan bayaran denda sekiranya lewat atau sengaja tidak membuat penukaran hakmilik.
● Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan proses Pindah Hakmilik geran hartanah yang baru dikeluarkan, sila merujuk kepada peguam hartanah yang bertauliah.
===
● Tips dan nasihat untuk pembeli hartanah sebelum membuat sebarang transaksi perjanjian jual beli;
a) Ketahui jenis hartanah atau rumah yang dibina.
b) Jenis pegangan hartanah (Pajakan atau Hakmilik Kekal)
c) Mukim @ Daerah Pejabat Tanah mana geran dikeluarkan.
d) Berapa lama usia hartanah tersebut siap dibangunkan.
e) Semak latar belakang pemaju hartanah sekiranya hartanah masih berstatus geran ‘Master Title’.
f) Berapa jumlah bayaran kos cukai Taksiran, cukai Tanah dan yuran penyelenggaraan (jika ada).
g) Jika geran Individu / Strata sudah dikeluarkan, disyarankan agar membuat carian geran.
Sekian semoga bermanfaat.

img

Ejen.My

    Related posts

    9 Step Guide to Buy a Property

    First time buying a house and have no clue where to start? Don’t understand what is the...

    Continue reading
    by Ejen.My

    Hartanah Freehold VS Leasehold

    Apa itu FREEHOLD dan LEASEHOLD? 1) FREEHOLD FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana...

    Continue reading
    by Ejen.My

    Kelayakan Pembeli Rumah Lelong Kos Rendah @ ‘Low Cost’

    "Saya sudah ada rumah tetapi tidak layak membeli rumah KOS RENDAH..adakah boleh membeli melalui...

    Continue reading
    by Ejen.My

    Join The Discussion

    
    Hotline: 0182655508
    Copyright © 2018 Ejen.My. All Rights Reserved.