Compare Listings

Cara Atasi Masalah Strata Yang Belum Dipindahmilik

Cara Atasi Masalah Strata Yang Belum Dipindahmilik

1. Kita dapati banyak hartanah strata yang masih belum dibuat penyempurnaan pindah milik daripada nama pemaju kepada nama pemilik dan gadaian kepada nama bank (perfection of transfer and charge, atau biasa dikenali dengan istilah “perfection”), walaupun hakmilik strata telah lama dikeluarkan.

2. Masalah tersebut menyebabkan pemilik akan berhadapan dengan kesukaran untuk menjual hartanah tersebut kepada pembeli kelak.

3. Memandangkan hakmilik strata telah dikeluarkan, pemilik terpaksalah melaksanakan urusan perfection terlebih dahulu sebelum boleh menjualnya kepada pembeli.

4. Masalah yang dihadapi oleh pemilik untuk melakukan urusan tersebut adalah mereka tidak mahu mengeluarkan kos tunai untuk urusan tersebut.

5. Jadi bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah tersebut. Di sini saya kemukakan solusinya.

JAWAPANNYA:

A. Ramai yang tidak tahu sebenarnya bank ada kuasa untuk proceed dengan urusan perfection pindahmilk dan gadaian walaupun tanpa pengetahuan pemilik sebaik sahaja hakmilik strata dikeluarkan.

B. Ini kerana semasa menandatangani dokumen perjanjian pinjaman tempohari, pembeli/peminjam telah menandatangani satu Surat Wakil Kuasa (PA) yang memberi kuasa penuh kepada pihak bank untuk melakukan apa-apa sahaja yang perlu berkaitan dengan hartanah tersebut. Ini termasuklah kuasa untuk menandatangani dokumen pindah milik dan gadaian bagi tujuan perfection.

C. Setelah menerima makluman daripada pihak pemaju, bank boleh arahkan peguam panel mereka menyediakan segala dokumen untuk urusan perfection tersebut.

D. Segala kos berkaitan penyediaan dokumen perfection tadi akan dikreditkan dalam akaun loan pembeli/ peminjam tersebut.

E. Sebaik sahaja urusan perfection selesai, hakmilik strata akan dipegang oleh bank sampailah pinjaman habis bayar.

F. Namun begitu kaedah ini hanya sesuai untuk hartanah strata yang masih ada pinjaman dengan bank. Untuk hartanah yang telah habis bayar dan telah dibuat penyerahan semula hak (reassignment) kepada pemilik, pemilik perlu lakukan sendiri urusan tersebut.

G. Cuma persoalannya sejauh mana bank mahu malaksanakan kuasa yang telah diberikan kepada mereka tersebut?

H. Mungkin Bahagian Undang-undang setiap bank boleh advise bank lebih lanjut tentang perkara tersebut.

I. Cuma saya berpandangan jika kaedah ini dapat dilaksanakan, ianya mampu mengurangkan masalah banyaknya hartanah strata yang belum dipindahmilik kepada pemilik.

Sekian. Wallahuaklam.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden HartaGuam

Penafian:

Kaedah di atas hanyalah pendapat peribadi penulis secara umum semata-mata. Ianya tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat perundangan rasmi. Pembaca diminta mendapatkan nasihat perundangan rasmi daripada peguam masing masing. Dan rujukan perlu dibuat kepada dokumentasi yang berkaitan untuk setiap kes tersebut.

Justeru penulis tidak boleh disabitkan dengan sebarang tanggungjawab dan liabiliti dan tidak akan menanggung apa apa kesan yang dialami oleh mana-mana pihak atas pandangan yang diberikan di atas.

img

Ejen.My

Property for Sale, Rent, Auction of House, Terrace, Condominium, Apartment, Villa, Bungalow, Flat, Land, Commercials Building, Factory in Kuala Lumpur, Selangor. https://ejen.my/pro/

Related posts

Kos Yuran Guaman Pembelian Rumah Subsale

BERAPA KOS GUAMAN URUSAN PEMBELIAN RUMAH SUB-SALE? 1. Anggaran keseluruhan kos guaman untuk urusan...

Continue reading
by Ejen.My

Rumah Lelong VS Rumah Subsale

● Pembelian rumah LELONG dan rumah SUBSALE adalah sedikit BERBEZA dari segi permulaan wang...

Continue reading
by Ejen.My

9 Step Guide to Buy a Property

First time buying a house and have no clue where to start? Don’t understand what is the...

Continue reading
by Ejen.My

Join The Discussion


error: Content is protected !!
Copyright © https://Ejen.My. All Rights Reserved.