Your search results

5 Langkah Persediaan & Tips Menyimpan Modal Membeli Rumah

Posted by faizal.com.my on 07/02/2020
| 0

5 Langkah Persediaan & Tips Menyimpan Modal Membeli Rumah – 2020

Buat newbie atau bakal pembeli rumah pertama, anda harus baca maklumat ini sampai habis.

● Antara kesilapan yang dilakukan oleh ramai orang adalah TIDAK BERSEDIA mengkaji dari aspek kelayakan,modal kewangan dan TIDAK TAHU apakah perkara penting yang patut mereka lakukan apabila hendak membeli rumah.
.
.
.
● Sebelum bertindak membeli rumah, WAJIB tahu & lakukan 5 perkara seperti:

1) SEMAK KELAYAKAN PINJAMAN BANK PERUMAHAN
● Semak maksimum kelayakan pinjaman perumahan yang dengan bank dari jumlah gaji atau pendapatan bersih dan potongan komitmen bulanan berdasarkan kiraan DSR (Debt Service Ratio) yang terkini oleh bank. Dapatkan bantuan banker perumahan atau ejen hartanah jika kurang arif atau kurang pasti.

2) CCRIS / CTOS YANG BAIK
● Pastikan sentiasa membayar komitmen atau hutang kredit mengikut masa agar tiada yang culas atau terlewat. Ini bagi mengelakkan rekod CCRIS yang bermasalah. CCRIS rekod adalah perkara yang membabitkan seperti pinjaman perumahan, membeli kenderaan, menggunakan kredit kad atau membuat pinjaman peribadi. Bank akan menilai dari rekod ini sebagai faktor penting untuk kelayakan pinjaman.

Seharusnya lebih berjaga-jaga dengan rekod CCRIS yang bersih dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan awal sebelum bertindak membuat permohonan pinjaman perumahan dengan bank.

3) JENIS RUMAH & LOKASI HARTANAH
● Pilih jenis rumah yang bagaimana yang layak dibeli dalam sesuatu kawasan dan lokasi hartanah yang sesuai. Contohnya lokasi rumah yang hendak dibeli tidak jauh dari tempat kerja, dengan adanya banyak kemudahan awam, laluan jalan raya atau akses yang dekat serta kawasan yang sedang pesat membangun. Ini bergantung kepada keperluan atau kehendak individu.

4) KAJI HARGA PASARAN SEMASA
● Buat kajian di internet seperti laman web portal iklan mudahdotmy, propertyguru, iProperty dll. Mahirkan diri dengan harga pasaran semasa sesuatu projek hartanah dan lokasi rumah yang hendak dibeli. Mintalah nasihat dan pandangan dari Ejen Hartanah atau orang yang berpengetahuan dalam ilmu pasaran hartanah.

5) TETAPKAN BAJET & TARGET
● Pembelian rumah kebiasaannya memerlukan wang modal sekitar 15%-20% dari harga rumah. Tetapkan bajet kewangan dan target bilakah masa yang sesuai membeli rumah bermula dari sekarang.
.
.
.
TIPS MENYIMPAN WANG DEPOSIT MEMBELI RUMAH


2 aspek persoalan yang perlu difikirkan sebelum menyimpan wang.

i- “Berapa banyak wang yang boleh dijimatkan setiap bulan.?”

ii- “Di manakah harus meletakkan wang..?”
.
.
1) LANGSAIKAN HUTANG
● Kira berapa banyak jumlah wang dihabiskan bagi membayar ‘hutang-hutang jahat’. Apabila tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, bolehlah disimpan wang tersebut.

2) TETAPKAN MATLAMAT
● Berapa banyak wang mahu disimpan untuk bayaran deposit dan lain-lain kos yang perlu sediakan bagi membeli rumah.

● Buatlah perancangan untuk hidup dengan selesa selama 10 atau 30 tahun akan datang jika berhenti kerja dan perlu juga memikirkan pelaburan apa yang membantu bagi mencapai matlamat.

3) TULIS NOTA PERANCANGAN
● Sebagai contoh: “Saya nak membeli rumah 2 tahun akan datang bermula dari hari ini.”

● Apabila menetapkan sesuatu masa tertentu, tarikh tersebut dapat membantu untuk memfokuskan matlamat.

● Tentukan dalam jangka masa itu boleh di capai matlamat objektif. Jika matlamat yang ditentukan itu tidak boleh dicapai, sudah pasti akam merasa kecewa.

4) BUAT KIRA-KIRA SIMPANAN
● Kirakan berapa banyak wang yang boleh disimpan setiap bulan. Dari situ boleh diukur kemampuan wang simpanan dalam jangka masa yang lebih panjang.

● Fikirkan pula berapa banyak yang diperlukan untuk menyimpan selama seminggu, sebulan atau setiap kali mendapat gaji untuk mencapai matlamat penyimpanan wang.

● Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan wang dan berapa banyak yang diperlukan untuk memulakan menyimpan wang secara harian contohnya bermula waktu sekarang.

● Sebagai contoh, rumah yang berharga RM200k memerlukan bayaran deposit wang tunai RM20k dan harus dicukupkan dalam masa 24 bulan (2 tahun). Jumlah yang diperlukan adalah RM834 setiap bulan (RM834 x 24 bulan = RM20,016).

● Antara modal yang perlu disediakan adalah seperti 10% Deposit, Legal Fees (lawyer) Stamp Duty & M.O.T. Kesimpulannya untuk pembelian rumah subsale contohnya, memerlukan wang modal sekitar 15%-20% dari harga jualan.

5) REKODKAN SETIAP PERBELANJAAN
● Simpan rekod perbelanjaan setuap hari, minggu atau bulan. Ada 2 perkara yang perlu di ambil tahu. Antaranya berapa banyak yang dapat dan berapa banyak perbelanjaan setiap bulan.

● Buat kategori untuk setiap pembayaran seperti ansuran kereta, bil telefon, bil air, bil elektrik, hiburan, melancong dan lain-lain.

● Gunakan nota kecil dan tuliskan pada setiap masa. Jadikannya amalan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap pembayaran.

● Gunakan aplikasi yang boleh dimuat turun di Play Store Handphone bagi membantu merancang dan merekod wang perbelanjaan dalam aktiviti harian.

6) KURANGKAN BERBELANJA
● Kurangkan belanja dan rekodkan perbelanjaan. Di situ akan dapat melihat beberapa banyak pembaziran wang yang lakukan.

Contoh soalan yang berkaitan perbelanjaan setiap bulan;

“Bolehkah saya berhenti melanggan Astro setiap bulan walau bukan 24 jam berada di rumah?”

“Bolehkah saya menjimatkan penggunaan telefon, minyak petrol & kad kredit?”

“Bolehkah saya mengurangkan makan makanan di luar rumah selepas ini?”

“Bolehkah saya mengurangkan percutian atau travel bersama keluarga pada hari minggu atau hujung bulan?”

● Cara ini bergantung kepada keadaan dan berapa banyak yang diperlukan. Ianya mungkin beberapa keputusan yang agak sukar. Lain orang lain cara gaya hidupnya.

● Jika tidak boleh membuat objektif simpanan mengikut bajet, kaji kembali mengapa ia berlaku. Bezakan apakah ianya satu keperluan dan kemahuan. Adakah ianya penting atau sekadar kemahuan nafsu berbelanja. Hakikatnya jika kita gagal untuk merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal.

● Sekiranya agak sukar untuk menyimpan wang deposit dalam tempoh masa dan perancangan yang ditetapkan, berhubung dengan ejen hartanah dan buatlay perbincangan mengenai rumah yang hendak dibeli. Ceritakan apakah kehendak dan masalah yang ada.

● Kebiasaannya ejen hartanah yang berpengetahuan akan membuat kira-kira terlebih dahulu dan mereka memberikan jalan penyelesaian jika pembeli mempunyai masalah kewangan atau kekurangan bajet untuk membayar kos² yang terlibat.

● Salah satu cara mudah bagi mencukupkan membayar atau mendapatkan balik modal deposit rumah adalah dengan membuat pengeluaran wang akaun 2 KWSP.

● Syarat pengeluaran wang akaun 2 KWSP adalah 10% max. dari harga jualan rumah atau yang mana lebih tinggi tertakluk terma dan syarat pengeluaran. Dengan cara ini juga dapat membantu mengurangkan bebanan kos yang tinggi kepada pembeli rumah.

● Moga perkongsian bermanfaat ini dapat memberikan panduan berguna kepada yang berhasrat membeli rumah pertama dalam masa terdekat. Semoga berjaya!

**LIKE & SHARE dengan hati yang senang. Terima kasih.

F a i z a l MY
Sumber: https://www.facebook.com/faizal.com.my/posts/2573921972876284

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  • Advanced Search

    RM 70,000 to RM 7,000,000

  • Mortgage Calculator

  • Our Listings

  • Archives

  • Reset Password

Compare Listings