Your search results

5 Kelebihan Menggunakan Khidmat Ejen Hartanah

Posted by faizal.com.my on 09/02/2020
| 0

• Menggunakan perkhidmatan ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan atau bebanan fikiran, masa dan tenaga.

• Di bawah ini adalah garis panduan yang menyenaraikan 5 kelebihan menggunakan khidmat ejen hartanah:-

1) PENGETAHUAN & KEMAHIRAN
• Dalam kerjaya ejen hartanah, amatlah penting untuk ejen mempunyai banyak pengetahuan terutamanya mengenai hartanah yang hendak anda jual.

• Bagi ejen yang sudah lama di dalam bidang jual beli hartanah, mereka tidak perlu risau lagi.

• Seorang ejen perlu berpengetahuan mengenai komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya, dan pelbagai kemudahan yang ada sekitarnya.

• Hal ini bagi memastikan hartanah yang hendak dijual itu menjadi rebutan kepada sesuatu kelompok pembeli. Maka dengan ini, hartanah anda akan mudah cepat terjual.
.
.
2. MENJIMATKAN MASA
• MASA ITU EMAS. Pengguna yang bijak akan menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Mereka tidak akan mensia-siakan masa itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

• Sekiranya anda hendak menjual atau membeli rumah, anda tidak perlu membazirkan masa anda ke sana dan ke mari atau memeningkan kepala mencari hartanah. Serahkan sahaja semua tugas-tugas itu kepada ejen hartanah.

• Seorang ejen boleh menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan contoh-contoh hartanah yang dimiliki.

• Pembeli hanya cuma perlu menyatakan jenis hartanah yang bagaimana mahu dibeli dan membuat pilihan melalui senarai hartanah yang diberikan oleh ejen.

• Ejen hartanah juga boleh turut menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesua berdasarkan jenis dan kriteria hartanah yang dikehendaki.

• Hal ini dapat menjimatkan masa daripada melihat rumah yang tidak menepati kriteria. Dan masa yang ada itu anda boleh isikannya dengan urusan lain.

3. SITUASI MENANG² & SELAMAT
Seandainya, anda ingin membeli sesuatu hartanah yang tidak menggunakan ejen.

Kebarangkalian anda akan ditipu berkaitan dengan harga sangatlah tinggi. Apatah lagi jika penjual itu tahu yang anda tidak pernah berurusan soal jual-beli hartanah. Penjual boleh sahaja meletakkan harga yang tinggi semahu-mahunya.

Jadi di sini, jalan pintas untuk mengelakkan anda di tipu dalm soal jual-beli hartanah ini adalah dengan menggunakan khidmat ejen yang berdaftar.

Seorang ejen hartanah akan mengetahui sama ada rumah yang hendak dibeli itu berbaloi dengan harganya atau pun tidak mengikut pasaran semasa.

Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Semua ini akan diselidiki dan dibandingkan dengan harga yang ditawarkan.

Di samping itu mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari sesuatu hartanah itu sudah berada di pasaran untuk dijual.

Semua ini harus diambil kira dalam proses rundingan harga. Jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan. Seeloknya, anda sebagai pembeli harus tahu di tahap mana kemampuan anda untuk memiliki sesuatu hartanah itu.

4. HUBUNGAN PENTIING
Jika anda rakyat biasa yang ingin membeli sesuatu hartanah dan tidak mengenali pihak yang tertentu dalam menguruskan jual-beli hartanah ini, saya tegaskan sekali lagi anda
wajib mempunyai seorang ejen hartanah.

Jangan anda fikir semua ejen akan memakan wang anda. Ini kerana ejen berdaftar ada kadar komisen yang patut diterimanya dalam sesuatu jualan. Melainkan jika anda berurusan dengan ejen hartanah haram.

Seorang ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya kepada anda. Anda hanya tinggal menyetujui atau pun tidak sahaja.

Sehubungan itu, ejen-ejen hartanah ini juga mempunyai hubungan dan rangkaian yang baik serta boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak.

Jadi tidak ada ruginya di sini jika anda menggunakan khidmat seseorang ejen. Malah, saya rasa banyak keuntungannya buat anda.

5. PENGURUSAN DOKUMEN
Dalam urus niaga hartanah ini banyak melibatkan pengurusan dokumen penting pindah hak milik.

Jadi urusannya sudah pasti merumitkan. Hanya mereka yang pakar dan biasa melakukannya sahaja boleh menguruskannya dengan baik. Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih sepuluh muka surat.

Ianya bermula daripada keputusan pemilik menjual rumah sehingga masa penyerahan kunci kepada pemilik baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  • Advanced Search

    RM 70,000 to RM 7,000,000

  • Mortgage Calculator

  • Our Listings

  • Archives

  • Reset Password

Compare Listings